EPP adalah salah satu cara membeli dan memiliki emas fisik secara bayaran bulanan yang disebut deposit sekuriti salama 6 bulan atau 12 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan.
Konsep EPP adalah seperti anda beli emas pada masa mendatang dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda bayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga yang anda beli pada hari tersebut.
EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda selesai pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dikirim ekspedisi berasuransi kepada anda.
Harga emas EPP diperbarui setiap 20 menit mengikut harga emas dunia. Sebagai contoh, harga emas 10gram bungamas pada 27 Februari 2022 adalah RM2,781.
Jika anda tidak memiliki budget sebanyak itu, anda dapat membeli 10gram bungamas salah satunya melalui EPP6 atau EPP10.
Jika pilih EPP6 anda perlu bayar sebanyak RM459/bulan selama 6 kali dan jika pilih EPP10 anda perlu bayar sebanyak RM275/bulan selama 10 kali.
Jadi tidak perlu khawatir jika harga emas pada bulan-bulan akan datang naik tinggi kerana anda cukup membayar harga yang sama mengikut jadwal.
Setelah lunas pembayaran, emas tersebut akan menjadi milik anda dan dapat disimpan sendiri.
Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah. Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.
Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.
Setelah itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.
Setelah selesai kesemua bayaran, baru lah akad jual beli antara anda dan public gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.
Untuk penjelasan yang lebih mudah, tonton video penerangan daripada Dr. Ahmad Sufian iaitu pensyarah kanan akademi pengajian islam Universiti Malaya.
Klik tanda dibawah ini untuk menghubungi saya jika anda ada permasalahan yang memerlukan penjelasan lebih lanjut sebelum memulai simpanan emas.
Premium Customer Public Gold
PG00066892